Selasa, 12 Februari 2013
17.08 | Diposting oleh
Iren effendy |
Edit Entri
>>RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN
DALAM SEJARAH BANGSA MELAYU<<
Raja-raja Melayu seperti yang kita ketahui dikatakan berasal
dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Turut di kenali sebagai raja Rom,
banyak tulisan-tulisan sejarah merujuk kepada baginda sebagai asal bermulanya
keturunan di raja ini. Setakat mana kebenaran ini, kita perlulah merujuk
kepada,
1) Al Quran, Surah Al Kahfi
2) Manuskrip Undang-Undang Kedah yang telah dibukukan.
3) Sulalatus Salatin
Al Quran, Surah Al Kahfi
Surah Al-Kahfi, Ayat 94
Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj
dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya
kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan
syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
Surah Al-Kahfi, Ayat 95
Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan
daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku
dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka
sebuah tembok penutup yang kukuh.
Surah Al-Kahfi, Ayat 96
Bawalah kepadaku beberapa ketul-ketul besi”; sehingga ketika
besi-besi itu telah menyamai kedua-dua tebing gunung itu dia berkata,
Hembuskanlah api! Ketika api itu telah menjadi sebagai api dia berkata pula:
Bawakanlah kepadaku hancuran tembaga , supaya ku tuangkan diatasnya.
Menurut sejarah yang diwasiatkan oleh Nik Muhammadiah, atau
Sultan Mohammad I Kelantan, peristiwa ini berlaku di negeri China sewaktu Raja
Iskandar Zulkarnain sedang meluaskan empayarnya. Nik Muhammadiah adalah seorang
ulamak dan turut dikenali sebagai Keramat Tok Lebai. Tak Bai di Thailand adalah
gelaran sempena nama baginda.
Sejarah Kelantan mengatakan bahawa baginda mati dibunuh dan
tidak mempunyai zuriat adalah karut. Apakah mereka ingat orang yang sudah
mempunyai anak tidak boleh mengambil anak angkat? Apakah mereka fikir sekiranya
hari ini mereka berkuasa mereka dengan mudah boleh menghapuskan sejarah dan
salasilah orang lain? Semua ini hanyalah fitnah demi menutup bukti sejarah,
sepertimana kes Pahlawan Mat Kilau yang di katakan telah meninggal dunia
tiba-tiba muncul semula memperkenalkan dirinya.
Pada hal waris baginda Sultan Mohammad I Kelantan, Saudara
Nik Bahadur Syah masih berada di Kedah hari ini. Berusia sekitar 50an, bermisai
tebal dengan rambut kemas disikat, beliau turut hadir pada hari perjumpaan
keluarga Syarif Yang Di Pertuan baru-baru ini. Penjajah Inggeris memang
menghapuskan bukti sejarah, contoh yang paling jelas apabila William Farquhar
cuba meletupkan Kota A Farmosa dahulu. Sekiranya kota tersebut habis
diletupkan, bolehkah kita bayang bagaimanakah rupabentuk kota Farmosa itu hari
ini?
Setelah diusir oleh tentera thai diketuai oleh anak
angkatnya Long Senik, baginda kembali menetap di Kedah (di Alor Pak Ngah) dan
menjadi guru agama. Tentera Thai datang mencari beginda, tetapi yang mereka
jumpa hanyalah seorang Pak Ngah yang mengajar agama sekolah pondok sahaja.
Begitulah perlindungan dari Allah SWT. Ulamak Kedah seperti Haji Naik Kayu,
Abdullah Fahim dizaman Sultan Abdul Hamid dahulu adalah juga anak murid
baginda.
Inilah yang dikatakan Sultan sebagai pemerentah dan ulamak
dizaman dahulu. Baginda kembali ke Kedah kerana baginda adalah dari keturunan
Tengku Long Putera, anak saudara Syarif Yang Di Pertuan (anakanda Paduka Seri
bongsu, lihat UUK). Permaisuri baginda Sultan mohammad I ialah Datuk Nai Mariam
ibni Syed Sheikh Abdul Latif Al Fatani yang membesarkan Tunku Badlishah setelah
di usir dari istana oleh ayahandanya, Sultan Abdul Hamid.
Menurut wasiat ini, makhluk yang diarahkan menghembuskan api
itu ialah makhluk jadian dari Allah SWT iaitu Naga atau dalam bahasa Siam
dipanggil Merong (bahasa Tai menyebut sebagai nat). Kehebatan makhluk naga ini
(hari ini dikatakan mitos) menyebabkan Maharaja China menggunakan makhluk ini
sebagai simbol kekuatan kerajaan mereka.
Mural yang menggambarkan Raja Iskandar Zukarnain atau lebih
dikenali sebagai ‘Cyrrus the Great’. Bersayap untuk terbang? Walau pun 2 orang
yang berbeza, bukti-bukti baru lebih memihak kepada 'Cyrrus the Great'sebagai
Zulkarnain yang di maksudkan dalam Al Quran. Sejarah Melayu pula merujuk kepada
'Alexander the Great' sebagai iskandar Zulkarnain.
Kelebihan Sultan Iskandar Zulkarnain, sebagai anugerah Allah
SWT kepada baginda ialah baginda mendapat bantuan Tentera Jin yang ghaib
dibawah dua kalimah syahadah membantu baginda dalam setiap peperangan. Mungkin
dengan inilah cerita-cerita dari negeri China seringkali mengambarkan kebolehan
seni mempertahankan diri berkebolehan untuk terbang, salah satu dari sifat dan
kebolehan makhluk jin ini. Tidak ada dalam budaya bangsa lain yang
menggambarkan kebolehan sebegitu rupa. Baginda Raja Iskandar Zulkarnain juga
dikatakan dapat memahami setiap bahasa suku kaum yang bertemu dengannya.
Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah, ms 49 ada disebut
mengenai Raja Iskandar Zulkarnain seperti berikut,"..dan pada majlis Raja
iskandar Zulkarnain datang kepada Paduka Seri Sultan yang diatas kerajaan
sekarang maka adalah ia iaitu (talan) akan martabat raja pada hal perintahkan
segala adat tuannya atas segala menteri itu. Maka dihimpunkan hukum itu distas
sembilan hukum." Secara ringkasnya kefahaman kami, adat istiadat raja-raja
hari ini berasal dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain yang membawa adat
istiadat, peradaban dan ketamadunan kepada Sheikh Huang Ti.
Pada masa yang sama kisah Sang Gerdembai bermaksud,
Ger-kenderaan, dem-dahulukala, bai-muslim, pasti mempunyai cerita yang tersirat
untuk kita hari ini menilai semula kisah-kisah ini. Disamping itu Raja Iskandar
Zulkarnain mempunyai dua orang Ketua Panglima Tentera iaitu Nabi Allah Khidir
dan Nabi Allah Elias. Semasa kecil pula, selepas tawaf di hadapan Kaabah, Nabi
Allah Ibrahim telah memegang bahu baginda dan berdoa kehadrat Allah SWT agar
pada suatu hari kelak baginda akan menjadi orang yang terkenal. Inilah Iskandar
Zulkarnain yang dikatakan mempunyai dua tanduk, simbol kekuasaannya keatas Rom
dan Parsi.
Keturunan Raja Iskandar Zulkarnain ini telah membawa kepada
Shih atau Sheikh Huang Ti, Maharaja China yang pertama, dimana baginda
dikatakan bertindak membakar buku-buku ajaran Confucius. Dikatakan juga bahawa
Empayar ‘Chin’ itu berasal dari perkataan Empayar ‘Jin’ sempena nama tentera
Iskandar Zulkarnain dahulu.** Tindakan ini adalah kerana baginda adalah
penganut agama Allah (belum lagi islam) dan dengan itu baginda dilabelkan
sebagai seorang maharaja yang kejam.
“During his reign, Shih Huang ti destroyed the existing
feudal
structure and divided the empire into 36 provinces under a
centralized
administration. Networks of roads and canals were
engineered,
and the major part of the Great Wall was built. Weights,
measures,
coins, and written characters were standardized in a quest
for
cultural uniformity. Yet this also led to the burning of all
books that diverged from official Chin philosophy and
history.
On his death Shih Huang-ti was buried in great splendor -
entombed
among 6,000 terra-cotta soldiers for him to summon in the
afterlife.
His autocratic rule and belief in magic had caused such
resentment
that the Chin dynasty collapsed four years later, even
though
it formed the model for all later dynasties”.
Baginda sebenarnya sudah mengetahui mengenai kehidupan yang
kekal abadi. Dengan itu, sebelum meninggal dunia baginda bertindak (tanpa
panduan kerana agama Allah belum lengkap) dengan membina askar-askar terracota
yang kita boleh lihat hari ini di wilayah Xian dinegeri China. Maklum sajalah,
agama Allah ketika itu walaupun diterima oleh Allah, ia masih belum lagi
lengkap sepertimana agama Islam hari ini. Kisah ini diperturunkan kepada setiap
maharaja china hinggalah kepada Maharaja Sai tee Sung. Kedatangan utusan
baginda Rasulullah SAW adalah bertujuan untuk melengkapkan agama dari Allah SWT
sebagai agama yang diredhai oleh Nya disambut baik oleh Maharaja Sai Tee Sung.
Walau bagaimanapun Sheikh huang Ti berjaya menyatukan negeri
china dibawah satu payong negara. Baginda turut menyambung tugas-tugas membina
tembok besar yang pertama, yang di mulakan oleh Raja Iskandar Zulkarnain
dahulu. Tembok ini bukannya tembok besar zaman Dinasti Ming yang kita semua
ketahui hari ini.
Diriwayatkan bahawa beberapa ratus tahun kemudian, ketibaan
Saad bin Waqas ke negeri China dalam tahun 650 masihi membawa ajaran agama
islam bukanlah merupakan satu kejutan baru kepada Maharaja China Sai Tee Sung
dari Dinasti Tang. Menurut wasiat, baginda telah pun mengetahui sejarah agama
islam ini dari mulut nenek moyang mereka yang telah menyampaikan riwayat ini
dari satu generasi ke satu generasi.
Manuskrip Undang Undang Kedah
Manuskrip Undang-Undang Kedah, bukan sebuah hikayat dan ia
boleh dijadikan bukti sejarah
Berbeza dengan buku-buku penulisan sejarah lain yang
merupakan hikayat, riwayat dan sebagainya, buku Undang-Undang Kedah adalah
sebuah manuskrip melayu lama yang merupakan undang-undang diguna pakai oleh
raja-raja kita dizaman dahulu. Sebelum pada ini Undang undang ini terdapat
dalam pelbagai versi yang bercerai-cerai namun versi ini adalah satu kompilasi
yang lengkap. Ia telah di lenyapkan buat seketika (dirampas Inggeris di Kota
Bruas) dan digantikan oleh sejarah versi penjajah.
Teks ini telah dipulangkan dalam bentuk mikrofilem daripada
perpustakaan School of Oriental and African Studies dengan nombor rujukan MS
40329. Kompilasi yang lengkap bermakna ia adalah satu salinan milik pemerentah
atau penguatkuasa undang-undang ketika itu. Setiap tajuk yang disenaraikan
dibawah ini tidak bercerai berai malah lengkap bagai sebuah buku.
1. Undang –Undang Pelabuhan. Ia dikatakan menyebut tentang
undang-undang pelabuhan Melaka akan tetapi nama tempat yang disebut dalam teks
hingga kini masih ada di Kedah atau berhampiran Kedah (ms 13, ms 15, ms 17
dll).
2. Undang Undang Seri Paduka Tuan
3. Hukum Kanun Datuk Kota Setar
4. Cara membuat Bunga Emas
5. Undang-Undang Hijrah seribu seratus sembilan puluh
sembilan
(1199, zaman Syarif Yang Di Pertuan)
Di mukasurat 49
Disebutklan bahawa majlis yang beradat, digunakan oleh
raja-raja kita hari ini bukanlah ciptaan mereka semata-mata. Ia berasal dari
majlis Raja Iskandar Zulkarnain lagi. Baginda Raja Iskandar Zulkarnain adalah
pengikut agama Allah yakni ahli kitab dari seawal zaman Nabi Ibrahim. Pada
majlis yang dimuliakan ini sudah ada jawatan-jawatan dan tanggungjawab resmi
yang mewakili pemerentah pada masa itu.
Di zaman dahulukala itu, Raja Iskandar Zulkarnain diberi
kelebihan oleh Allah SWT iaitu boleh memahami bahasa setiap daerah yang baginda
singgah. Oleh itu penaklukan wilayah baginda menjadi lebih mudah dalam usaha
baginda menyerapkan ketamadunan mulia keatas manusia yang sebelum pada itu
hidup tanpa arah, liar atau buas.
Di muka surat 33, UUK disebut mengenai lagu Ibrahim
Khalilullah yang mana merupakan sebuah lagu yang berasaskan rentak gendang
(drum beat) bagi menaikkan semangat tentera untuk pergi berperang (sepertimana
rentak marching)
Salalatus Salatin
Menurut Salalatus Salatin pula, Raja Iskandar Zulkarnain
setelah menyerang Benua Keling telah berkahwin dengan Puteri Sharul Bariyah
puteri kepada Raja Kida Hindi, dikatakan telah menuju ke negeri matahari terbit
dari Benua Keling, sudah pasti ke benua China. Malah bangsa China mempunyai
makna dalam bahsa Siam.
Perkataan Chey-Na bermaksud, ‘datuk-petunjuk’. Sudah pasti
ada seorang ketua yang hebat dizaman dahulu, datang memberi petunjuk pada suatu
kaum. Di sana baginda telah berperang dengan puak Yakjuj sepertimana tercatat
dalam Al Quran, Surah Al Kahfi ayat 94 . Puak Makjuj pula dikatakan telah
memelok agama Allah dan membawa kepada bangsa Saimen yang bermaksud, ‘kawasan
dia’.
Dalam sejarah bangsa Siam Islam, sebutan nama ke dua-dua
bangsa ini sudah pun ada. Mereka disebut seperti berikut, ‘Nya Juj’ dan ‘Ma
Juj’. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana negara kita masih lagi
ketandusan penyelidikkan mengenai bahasa dan bangsa siam ini.
Sementara itu, petikan dari Sejarah Melayu, Sulalatus
Salatin ada menyebut mengenai Raja Suran yang dikatakan berasal dari keturunan
Raja Iskandar Zulkarnain seperti berikut,
Pengakuan Maharaja China sebagai turut berasal dari
keturunan Raja iskandar Zulkarnain dapat kita lihat pada muka surat 131,
Sulalatus Salatin seperti berikut,
"Alkisah maka tersebutlah perkataan raja benua China,
setelah kedengaranlah kebesaran raja Melaka ke benua China, maka raja benua
China pun mengutus ke Melaka bingkisan jarum sarat sebuah pilau,lain daripada
sutera benang emas kimka dewangga, serta beberapa benda yang gharib-gharib.
setelah datang ke Melaka, maka disuruh sultan Mansur syah jemput surat dari
benua China itu, diarak seperti adat menyambut surat dari benua Siam. Setelah
datang ke balairung, maka disambut oleh bentara, diberikan kepada khatib, lalu
dibaca khatib demikian bunyinya:
“Surat di bawah cerpu raja langit, datang ke atas mahkota raja
Melaka. Kita dengar raja Melaka raja besar, sebab itulah maka kita hendak
bersahabat, berkasih-kasihan dengan raja Melaka, kerana kita pun daripada anak
cucu Raja iskandar zul-karnain, sebangsa juga dengan raja Melaka, kerana
tiadalah ada dalam alam dunia ini raja-raja yang besar daripada kita. Tiada
siapa pun tahu akan bilangan rakyat kita; maka daripada sebuah rumah sebilah
jarum kita pintak. Itulah jarumnya sarat sebuah pilau kita kirimkan ke
Melaka.’’
Hari ini sekiranya kita tidak menetapkan sempadan Benua
keling itu sebagai hanya di India, mungkin kata-kata dalam penulisan ini ada
logiknya. Ini adalah kerana sempadan yang ada sekarang ini, dahulunya belum ada
dan mungkin dizaman itu, yang dikatakan jajahan Benua Keling itu mungkin jauh
lebih besar dari yang kita sangkakan pada hari ini. Malah perkataan In-dia
bermaksud, ‘pusat pemerentahan’. Adakah ini ada hubungannya dengan Ayodhia di
India yang mana perkataan Ayuthia bermaksud, tempat bersemayamnya raja.Pengkaji
sejarah Islam hari pula, lebih memihak kepada ‘Cyrus the Great’ berbanding
‘Alexander the Great’ dalam mengenali siapa sebenarnya Iskandar Zulkarnain ini.
‘Cyrrus The Great’ dikatakan mempunyai dua tanduk, menunjukkan kekuasaannya di
Empayar Rom dan Parsi.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
About Me
Blog Archive
logo
translete
clock
tempelate
>
free music at divine-music.info
Diberdayakan oleh Blogger.
0 komentar:
Posting Komentar